Perkahwinan Zaquan & Ayu Raudhah - Tema biru muda & putih
Kami di Zemi Catering berbangga kerana telah diberi kepercayaan oleh Zaquan Adha Razak & Ayu Raudhah untuk menyediakan katering bagi perkahwinan mereka pada 30 Januari 2011 yang lalu.
Majlis yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Senawang Negeri Sembilan ini telah berlangsung dengan meriah. Kehadiran ramai kenalan artis dan pihak ternama dalam arena bola sepak telah merwarnai lagi perkahwinan ini
Pasangan mempelai ini memilih warna biru muda & putih sebagai warna tema mereka. Keindahan majlis perkahwinan mereka juga boleh dirasakan diperkahwinan anda. Sudah pastinya dengan servis oleh Zemi's Catering.
Perkahwinan anak Datuk SUK Negeri Sembilan - Tema Ungu & Pink
Warna ungu dan pink amatlah cantik bila dipadankan sebagai warna tema perkahwinan. Tema inilah yang dipilih oleh anak Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk perkahwinan beliau.
Perkahwinan ini diserikan lagi oleh keberangkatan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sudi mencemar duli.
Kami di Zemi's Catering mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhirnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































